PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti. Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam, berkata pada masa ini, sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.
Katanya, MTUC mencadangkan supaya kerajaan yang bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun.
"Kerajaan meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta lagi pada umur 55 tahun yang nyata masih terlalu muda untuk bersara," katanya kepada Bernama. Beliau berkata, majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan boleh menyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki. Balasubramaniam mengulas dasar kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10) semalam untuk menarik modal insan dan tenaga kerja berkemahiran termasuk dari luar negara bagi memacu negara menjadi negara maju menjelang 2020. “Di samping meningkatkan produktiviti, tenaga kerja berpengalaman juga boleh membimbing pekerja lebih muda,” katanya. Katanya, tambahan lima tahun perkhidmatan itu akan membantu tenaga kerja sektor swasta melanjutkan pinjaman perumahan dan komitmen terhadap pendidikan anak mereka dan juga menyimpan lebih banyak untuk persaraan mereka melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – BERNAMA
Friday, June 11, 2010
Remaja perempuan merokok atasi lelaki
KUALA LUMPUR: Jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana jumlahnya kini pada tahap 28.8 peratus berbanding remaja lelaki pada umur yang sama sebanyak 14.1 peratus.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 itu amat membimbangkan dan menunjukkan tabiat merokok perlu dibendung segera pada peringkat awal.
Beliau berkata, antara punca tabiat merokok di kalangan remaja perempuan berleluasa ialah pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan. “Angka ini amat membimbangkan. Walaupun ia kajian pada 2003, saya yakin jumlahnya sudah meningkat. Kita harap ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan lebih proaktif untuk memastikan trend berkenaan dibendung. “Mereka terpengaruh dengan idea yang mengatakan rokok boleh melangsingkan badan, boleh menghilangkan tekanan dan sebagainya. Ini yang menyebabkan ramai anak gadis kita memilih untuk merokok. “Pendapat ini salah, merokok tidak menjanjikan kecantikan fizikal atau kecanggihan. Yang ada hanyalah keburukan dan bahaya kepada kesihatan selain menambah risiko keguguran dan kelahiran bayi pramatang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010, peringkat Institut Perubatan Respiratori, di sini semalam. Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama erat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan. Katanya, perhatian ibu bapa saja tidak mencukupi kerana banyak masa remaja dihabiskan di sekolah atau bersama rakan dan tindakan menghukum remaja merokok kurang efektif kerana menyebabkan mereka memberontak.

Labels:
12 Jun 2010,
Berita Harian Online
Subscribe to:
Posts (Atom)