Thursday, March 14, 2013

Keselamatan Siber

Keselamatan Siber

Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhannya membabitkan penggunaan ICT dan Internet.
Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mendapatkan rakan baru, bermain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian.
Bagaimanapun, dengan berkembangnya ICT dan Internet, pengguna Internet sedang berhadapan dengan risiko baharu iaitu risiko ancaman siber.
Tanpa pengetahuan yang mendalam akan keselamatan di alam siber, pengguna Internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber.
Penjenayah siber sentiasa mencuba pelbagai kaedah baru bagi memerangkap mangsanya. comp
Antara jenayah siber yang kian meningkat ialah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, pengintipan, penggodaman dan penyebaran virus dan cecacing komputer.
Malah, kecurian identiti dalam Internet kini kerap dilaporkan di Malaysia dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan dan jualan dalam talian.
Ia dilakukan oleh penjenayah siber dengan menggunakan taktik phishing antaranya menghasilkan laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan sebenar. Pengguna yang tertipu akan memasukkan kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh penjenayah siber.
Merujuk kepada statistik yang diperoleh daripada Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), jumlah kes jenayah siber semakin bertambah dari tahun 1987 sehingga 2008.
Ini menunjukkan bahawa alam siber juga tidak bebas dari jenayah dan dengan kecanggihan aplikasi komputer, jenayah yang dilakukan memberikan impak yang parah kepada mangsa.
Penjenayah siber senantiasa mencari peluang dan kaedah baru bagi memerangkap mangsanya.



Langkah keselamatan
Kesan daripada peningkatan jenayah siber ini, pengguna Internet dinasihatkan untuk melindungi diri melalui pelbagai langkah keselamatan yang telah disarankan oleh CyberSecurity Malaysia.
Antaranya ialah:
  • Memastikan kata laluan yang digunakan adalah alphanumeric, iaitu gabungan nombor dan abjad. Kata laluan hendaklah dihafal dan tidak dituliskan di mana-mana. Kata laluan ini hendaklah ditukar sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
  • Berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pemesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila pengguna tidak pasti tujuannya.
  • Pengguna berhak untuk bertanyakan mengapa dan bagaimana maklumat yang diberi akan digunakan.
  • Memerhatikan tanda-tanda kecurian identiti seperti bil yang hilang atau lambat sampai, menerima kad kredit yang tidak dipohon, ditolak kredit atau ditawarkan terma yang kurang menguntungkan tanpa sebab-sebab yang jelas, atau dihubungi oleh pemungut hutang atau pihak-pihak berkenaan mengenai pembelian yang tidak dibuat.
  • Jangan membuka e-mel, fail atau pautan laman web daripada pihak yang tidak dikenali atau dicurigai isi kandungannya.
  • Memastikan lampiran e-mel adalah daripada sumber yang dipercayai sebelum membukanya. Jangan berikan respons kepada e-mel yang meminta maklumat peribadi, maklumat daftar masuk atau pengesahan tukar kata laluan,
  • Menggunakan antivirus, anti-spyware dan program firewall yang disokong dengan baik oleh pembekalnya. Pastikan program yang digunakan adalah terkini dan dikemas kini dari masa ke semasa.
  • Bagi pengguna yang memiliki akaun perbankan dalam talian, anda disarankan memeriksa akaun bank dengan kerap untuk memastikan tiada pengeluaran palsu dijalankan. Jika melakukan pembelian dalam talian, gunakan kad kredit. Kad kredit biasanya mempunyai perlindungan yang lebih terjamin bagi liabiliti peribadi.
  • Semasa melawat laman web perbankan dalam talian, periksa sama ada tarikh dan masa sepadan dengan tarikh dan masa bagi pendaftaran masuk terakhir. Jika akaun bank telah terjejas, bertindak pantas dan laporkan kepada bank.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai langkah - langkah keselamatan yang disarankan oleh CyberSecurity Malaysia, pengguna boleh melayari www.esecurity.org.my .
Pengguna-pengguna Internet yang terlibat atau menjadi mangsa jenayah siber bolehlah melaporkan kes-kes tersebut kepada agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang berkaitan.
Kesimpulannya, pengguna Internet mampu melakukan perubahan dan impak dalam menangani isu jenayah siber. Ini dilakukan dengan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan mengenai langkah keselamatan siber antaranya seperti yang disarankan oleh CyberSecurity Malaysia.
Sikap sentiasa berwaspada dan berhemah ketika melayari alam siber mampu melindungi serta memerangi jenayah siber.
Sementara itu, CyberSecurity Malaysia menawarkan perkhidmatan Cyber999 yang menerima aduan-aduan jenayah siber dan memajukan kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab.
Kesimpulannya, pengguna Internet mampu melakukan perubahan dan impak dalam menangani isu jenayah siber.
Ini dilakukan dengan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan mengenai langkah keselamatan siber antaranya seperti yang disarankan oleh CyberSecurity Malaysia.
Sikap sentiasa berwaspada dan berhemah ketika melayari alam siber mampu melindungi serta memerangi jenayah siber.

10 Jenis Virus Komputer Yang Paling Berbahaya

 


Serangan virus merupakan salah satu hal yang sangat tidak diinginkan dalam komputer, selain dapat menghilangkan file mahupun aplikasi pada komputer, virus juga dapat membuat komputer tidak boleh bertahan lama (rosak). Berikut ini adalah daftar sepuluh jenis virus komputer yang paling berbahaya.

1. Discusx.vbs
Virus VBScript yang satu ini, memiliki ukuran sekitar 4.800 bytes. Dia akan mencuba menginfeksi di beberapa drive di komputer Anda, termasuk drive flash disk, yang jika terinfeksi akan membuat file autorun.inf dan System32.sys.vbs pada root drive tersebut. Selain itu, ia pun akan mengubah caption dari Internet Explorer menjadi “.::Discus-X SAY MET LEBARAN! [HAPPY LEBARAN ?!]::.”.

2. Reva.vbs
Lagi, virus jenis VBScript yang lumayan banyak dikeluhkan oleh beberapa pembaca. Ia akan mencuba menyebarkan dirinya ke setiap drive di komputer Anda termasuk drive flash disk. Pada drive terinfeksi akan terdapat file reva.vbs, autorun.inf, dan shaheedan.jpg. Selain itu, ia pun akan mengubah halaman default dari Internet Explorer agar mengarah ke situ http://www.arrahmah.com.
3. XFly
PC Media Antivirus mengenali dua varian dari virus ini, yakni XFly.A dan XFly.B. Sama seperti kebanyakan virus lokal lainnya, ia dibuat menggunakan Visual Basic. Memiliki ukuran tubuh sebesar 143.360 bytes tanpa di-compress. Dan ia dapat menyamar sebagai folder, file MP3 WinAmp atau yang lainnya dengan cara mengubah secara langsung resource icon yang ada pada tubuhnya. Ini akan lebih memyukarkan user awam dalam mengenalinya. Pada komputer terinfeksi, saat menjalankan Internet Explorer, caption-nya akan berubah menjadi “..:: x-fly ::..”, dan saat memulai Windows pun akan muncul pesan dari si pembuat virus pada default browser. Atau setiap waktu menunjukan pukul 12:30, 16:00, atau 20:00, virus ini pun akan menampilkan layar hitam yang juga berisi pesan dari si pembuat virus.
4. Explorea
Virus yang di-compile menggunakan Visual Basic ini hadir dengan ukuran sekitar 167.936 bytes, tanpa di-compress. Menggunakan icon mirip folder standard Windows untuk mengelabui korbannya. Virus ini akan menyerang Registry Windows Anda dengan mengubah default open dari beberapa extension seperti .LNK, .PIF, .BAT, dan .COM. Pada komputer terinfeksi, disaat-saat tertentu terkadang muncul pesan error, contohnya pada saat membuka System Properties.
5. Gen.FFE
Gen.FFE atau pembuatnya menamakan Fast Firus Engine merupakan salah satu program Virus Generator buatan lokal. Dengan hanya menggunakan program ini, tidak dibutuhkan waktu lama untuk dapat menciptakan virus/varian baru. Virus hasil keluaran program ini menggunakan icon mirip gambar folder standard bawaan Windows. Ia pun akan memblok akses ke Task Manager, Command Prompt, serta menghilangkan beberapa menu di Start Menu. Ia juga akan membaca caption dari program yang aktif, apabila terdapat string yang berhubungan dengan antivirus maka program tersebut akan segera ditutup olehnya.
6. Hampa
Virus yang juga dibuat menggunakan Visual Basic dan ber-icon-kan folder ini memiliki ukuran tubuh sekitar 110.592 bytes, tanpa di-compress. Banyak sekali perubahan yang ia buat pada Windows, seperti Registry, File System, dan lain sebagainya, yang bahkan dapat menyebabkan Windows tidak dapat digunakan sebagaimana mestinya. Pada komputer yang terinfeksi oleh virus ini, saat memulai Windows akan muncul pesan dari si pembuat virus.

7. Raider.vbs
Virus jenis VBScript ini berukuran sekitar 10.000 bytes, jika file virus dibuka dengan Notepad misalnya, maka tidak banyak string yang boleh dibaca karena dalam keadaan ter-enkripsi. Pada Registry, ia pun memberikan pengenal dengan membuat key baru di HKLM\Software dengan nama sama seperti nama pada computer name, dengan isinya berupa string value seperti nama virus tersebut, Raider, serta tanggal komputer tersebut kali pertama terinfeksi.

8. ForrisWaitme
Virus yang dibuat dengan Visual Basic ini menggunakan icon mirip folder standard Windows untuk melakukan penyamarannya. Beberapa ulahnya adalah menukar fungsi tombol mouse kiri dengan kanan, menghilangkan menu Folder Options, membuat file pesan “baca saya.txt” pada drive terinfeksi, dan masih ada yang lainnya.

9. Pray
Virus lokal ini dibuat menggunakan Visual Basic. Kami mendapati 2 varian dari virus ini, untuk varian Pray.A tidak memiliki icon, sementara untuk varian Pray.B menggunakan icon mirip Windows Explorer. Jika komputer terinfeksi oleh virus ini, saat penunjuk waktu di komputer tersebut menunjukkan pukul 05:15, 13:00, 16:00, 18:30, dan atau 19:45, virus ini akan menampilkan pesan yang mengingatkan user untuk melakukan shalat.

10. Rian.vbs
Virus VBScript ini memiliki ukuran 3788 bytes. Saat menginfeksi, ia akan menciptakan file baru autorun.inf dan RiaN.dll.vbs pada setiap root drive yang terpasang di komputer korban, termasuk Flash Disk.